SCORE A

Tuesday, May 19, 2009

minyak habbatussauda plus garlic

Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu

Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda') telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH

Minat kami terhadap pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’)“ Dalam habbatus sauda’(nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut “ Riwayat AlBukhari. diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW

Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi.

( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya.

BAYI DAN KANAK-KANAK

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa (habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.

ORANG TUA

Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan cirri-ciri menguatkan lagi system imun, buah bunga nigella sativa(habbatussaubda') merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang tua.

Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')kaya dalam nilai pemakanan :

Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose danarabinose ditemui dalam jintan hitam.

Buah bunga Nigella Sativa (habbatussaubda') mengandungi komponen polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') , termasuk lapan belas daripada sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada pemakanan kita.

Buah bunga Nagella Sativa ((habbatussaubda')) mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.

Analisis kimia mendedahkan bahawa buah bunga nagella sativa ((habbatussaubda')) mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.

Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') juga merupakan sumber kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim.

KAJIAN BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA

Dalam amalan kesihatan kecantikan Ayurveda, Siddha dan Unani yang bermaksud sains Kehidupan dalam buku Desheeya tradisional Ayurveda 5000 tahun dulu, hampir kesemua penyediaan iaitu kaluduru (Habbatussauda)

Juga akan kehilangan keupayaannya untuk melawan toksin, sekaligus menambahkan peluang untuk dijangkiti penyakit.

UJIAN SAINTIFIK

Menurut keputusan ujiajn ke atas 9 lelaki dan wanita mengenai serum kolestrol, pemberian pati buah bunga nagella sativa untuk tempoh 4 minggu telah mengurangkan dengan ketaranya jumlah paras kolestrol dalam darah dan pecahan LDL, HDL dalam hypercholestroleamic pesakit.

Tiada perubahan signifikan kepada triglycerides. Mengurangkan jumlah kolestrol LDL bermakna mengurangkan risiko penyakit jantung.

MENGGALAKKAN ENZIM

Satu kajian oleh Agarwhal (1979) menunjukkan bahawa minyak buah bunga nagella sativa (habbatussaubda') meningkatkan pengaliran susu bagi ibu-ibu yang menyusui anak dengan susu badan. Satu penyelidikan oleh Universiti of Colombo (1989), termasuk Sari Biologikal mendedahkan bahawa keupayaan buah bunga nagella sativa untuk meningkatkan pengaliran susu ibu boleh dikaitkan dengan kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang didapati dalam buah bunga nagella sativa (habbatussaubda')

Ibnu Sina ( 980-1037) dalam menggambarkan habbatussauda’ sebagai “ meransang tenaga tubuh dan membantu memulihkan keletihan, masih tepat kepada pengamal kesihatan Tibb hari ini. Nilai –nilai pemakanan yang kaya yang terkandung di dalam habbatussauda’ seperti yang digariskan oleh analisis saintifik mengenai habbatussauda’menggambarkannya sebagai sumber tenaga yang sungguh baik.

Dari perspektif kesihatan Tibb habbatussauda’ mempunyai keupayaan untuk mengekal dan memulihkan panas badan. Diet orang barat, kebanyakannya diperbuat daripada makanan sejuk, ais dlm makanan kita, yugurt, pizza, keju dan kesemuanyanya mengurangkan haba semulajadi dalam badan kita yang diperlukan untuk fungsi optimum.

Tibb berpendapat bahawa punca kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh pengurangan kadar metabolisma (haba semulajadi). Badan manusia lemah apabila hilang tenaga

NILAI KUALITI PEMAKANAN

Indek nilai kualiti pemakanan habbatussauda’ menunjukkan bahawa bagi setiap 100mg bahan mentah mengandungi :

  • Tenaga 1%
  • Protein 1.4%
  • Thiamin mg 4.3%
  • Riboflavin mg 0.3%
  • Pyridoxine mg 1.1%
  • Niacin mg 1.2%
  • Calcium mg 0.8%
  • Iron mg 2.5%
  • Kuprum mg 3.9%
  • Zinc mg 1.7%
  • Phos. Mg 23.%
  • Folacin mf 0.7%

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan selera makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.

FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

minyak kelapa dara

Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:


1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

gel lembut minyak biji anggur

Minyak Biji Anggur Perahan Sejuk (MBA) adalah semula jadi, tiada kesan sampingan. Nikmatilah kelebihan kandungan OPCnya yang tinggi iaitu satu agen antipengoksida bioaktif yang paling berkesan. Antara fungsinya:

  • Menguatkan sistem imun anda

  • Menurunkan paras kolestrol

  • Menghalang pembentukan darah beku

  • Memusnahkan radikal bebas yang berbahaya.

Minyak Biji Anggur perahan sejuk (MBA) mengandungi fitonutrien khusus yang didapati di dalam anggur dikenali sebagai Polifenol. Fitonutrien ini memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Pada tahun 1985, Prof Jacques Masquelier mendapati polifenol yang terkandung dalam anggur dan bijinya mengandungi Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) yang lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC merupakan antipengoksida paling berkesan dan melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengoksidaan. OPC juga 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 30 kali lebih kuat daripada vitamin C. Biji Anggur merupakan sumber terbaik fitonutrien termasuk sebatian fenolik seperti Catechin, Epicatechin, Vitamin E dan Lesitin.

Manfaat kesihatan OPC

  • Bertindak sebagai antipengoksida yang unggul dengan melindungi sel-sel di dalam badan daripada dimusnahkan oleh radikal bebas (yang menjadi penyebab kanser)

  • Menurunkan paras kolestrol LDL, dengan itru menutunkan risiko penyakit kardiovaskular (serangan jantuing, angin ahmar, edema -pembengkakan, trombosis-pendarahan salur darah)

  • Mengurangkan pengumpulan platelet (sel pembeku darah), dengan itu menurunkan risiko arteriosklerosis (penyumbatan saluran arteri darah)

  • Merencatkan pembengkakan (edema) dan keradangan

  • Melegakan masalah berpunca daripada vena varikos ( urat timbul)

  • mengurangkan ketidakselesaan wanita berkaitan dengan menopouse.

  • Mengurangkan kecenderungan Retinopati Diabetes ( penyumbatan salur darah ke mata yang boleh menyebabkan masalah penglihatan akibat kencing manis)

  • Awet muda, memperbaiki kesihatan kulit dengan mengurangkan kerosakan, meningkatkan bekalan nutrien dan meningkatkan kekenyalan kulit.

Harga :
RM 59.00 (sm)
RM 65.00 (ss)
Isi : 60 biji softgel
Aturan Makan : 1 biji sehari, 1 jam sebelum makan.
Bagi pengidap kanser : 1biji setiap 2 jam.

jus kismis



JUS KISMIS AS-SYIFA'

Jus kismis as-Syifa' mengandungi kismis, kurma, kurma madu, kurma nabi(ajwah), madu, habbatussauda, buah tin, za'faran dan zaitun.

di botolkan dalam pek 180ml (RM19.90), 280ml (RM28.50-em RM30.50-sm) dan pek ekonomi 580ml (RM49.90-em RM53.90-sm). Untuk Sabah dan Sarawak, pek 280 ml RM 30.50 dan pek 550 ml RM 53.90. Hanya 2 sudu pagi dan malam untuk dewasa dan 1 sudu pagi dan malam untuk kanak-kanak. Tiada sebarang pantang larang, sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua.

Sehingga kini Jus Kismis As-Syifa' telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah-masalah seperti asma, batuk yang berlarutan, tonsil, kencing manis, darah tinggi, insomnia, keletihan, anak2 yang degil dan sebagainya.

m